Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Showing posts with label Lawak Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lawak Lucu. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Berhenti Merokok!!!

,

Pada satu hari tue, ada dua orang sahabat bergelar Ali dan Abu nie keluar bersama utk rapatkan ukhuwah. Dah bagus niat diorang tue tapi pada satu ketika, Ali bertanya pada Abu;

“Abu, aku nak rokok sebatang?” minta Ali pada Abu.

“Laa.. aku ingat hang dah berhenti merokok. Bukan ke hang dah tau bahawa merokok itu merosakkn tubuh badan! Hang kan sekarang nie ada penyakit lelah yg kronik?” kata Abu.

“Aku memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang aku sedang dalam tahap pertama.”

“Apa tahap pertama itu?”

“Berhenti membeli rokok!”

Abu bermonolog dalam hati; Cit! Tak guna punya kawan.

p/s: Berhenti la merokok demi yg tersayang. Anda mampu mengubahnya.

panduan: hang (bahasa utara) = kamu
Read more

Wednesday, March 28, 2012

Biarkan gambar2 ini bercerita...

,
bila Mr Bean jd Jack Sparrow

Salam semua.

Hari nie sy nk share gambar2 menarik dan lucu. Jadi malas nk borak panjang. Korang layan je la ye...

ayah yg penyayang...haha

kepala ke apa tue?

sapa ushar sapa nie?

abg silap lutut ke? adus malunya....
Read more

Thursday, May 05, 2011

Satu meter kain

,

Lisa: Berapa harga semeter kain nie?

Penjual: Harga 1 meter cuma 1 ciuman.

Lisa: Baiklah...bagi saya 10 meter.

Penjual: (gembira)...nie dah siap sepuluh meter kain...bayarannya?

Lisa: Jap, nenek saya akan bayarkan...(sambil menunjuk ke arah neneknya)

p/s: Kalau anda jadi penjual tue pe reaksi anda? Cabut lari? hehehe
Read more

Sunday, March 20, 2011

Asal perkataan UBAT

,

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik utk askar2 Portugis. Pada hari pertama dia bekerja, tidaklah dia tahu apakah yg perlu disebut di deretan botol2 di rak almari. Dia pun bertanya kpd doktor yg bertugas.

"Sir, air dalam botol2 nie saya nak paggil apa?" tanya Hang Nadim.

Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih tue tengah membuka sebuah botol lama utk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yg busuk dan membuatkan doktor omputih  tue berkata;

"Uhhh...bad..."

Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo...ubat".

p/s: Apa lagi asal usul perkataan yg korang tahu?share la ye....hehehehe.
Read more

Friday, March 11, 2011

Takde Duit

,

Peguam: Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakah awak mempunyai wang yg mencukupi utk membayar perkhidmatan saya?

Pelanggan: Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW.

Peguam: Baiklah, awak boleh membayar saya dgn kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yg dikenakan terhadap awak?

Pelanggan: Mencuri BMW!

p/s: Kalau mcm nie semua pencuri pun blh lepas....hehehehe
Read more

Wednesday, March 02, 2011

Budak Tadika

,

Seorg guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kpd pelajar2nya. Guru tersebut meminta mereka utk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita2 mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu B Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebaginya."

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yg duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni Bt Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak2 yg comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita2 yg mulia. Siapa lagi?" tanya cikgu lagi.

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman B Leman. Bila besar nanti saya bercita2 utk membantu Noni mencapai cita2nya...."

p/s: Cita2 Seman sungguh bernas. Memang Seman nie jauh berfikir....hehehe.
Read more

Saturday, February 26, 2011

Dapat 100% Markah

,

“Mama, hari nie saya dapat markah 100% di Sekolah,” kata Yani kpd mamanya.

“Iya ke? Macam nie lah anak Mama yang pintar. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?” tanya ibunya.

“Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.


p/s: Memang pintar anak dia kan. Saye x minat sejarah...huhuhu.
Read more

Tuesday, February 22, 2011

Saat Bercinta

,

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya!

Dara : Sayangku.... .!

Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....

Korang baca dari bawah ke atas pulak.....hehe :-)
Read more

Sunday, February 20, 2011

Hak penjagaan anak - suami atau isteri?

,
Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tue, "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?"

Pompuan tu jawab, “Saya yang mengandungkan anak tu. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya.”

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. Ahh sudah, mende aku nak goreng kadi nie....


Kadi pun tanye si jantan; “Hah…kamu bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”

“Tuan kadi, kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya masukkan dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”

Jawab kadi, "Hak kamu le..”

Jantan tu kata lak, "Hah…sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan"

p/s: Korang setuju x cam nie?hehehe
Read more

Friday, February 18, 2011

Duda Tua

,
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata;

"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab;

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, dia telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

p/s: So pada duda2 sekalian, rajin2 la siram kubur isteri kamu ye...hehehe.
Read more

Wednesday, February 16, 2011

Mantop Sejarah

,

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara. Ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur.

Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Abu yang sedang bertugas lalu bertanya;

Abu: Ada apa pakcik?

Pakcik: Pakcik nie nak bertanya, agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Abu menjawab;

Abu: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.

Pakcik: Terernya awak. Macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?

Abu: Waktu saya mula keje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun. Sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini. So pakcik cube la kira.....

p/s: Memang bijak si Abu nie kan...hehehe
Read more

Tuesday, February 15, 2011

Program Angkasawan Negara

,

Sorang wakil rakyat nie ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Wakil rakyat: Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."

Penemuramah: Tapi Dato, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?

Wakil rakyat: Cis! itu pasal la kamu tak jadi wakil rakyat. Saya dah lama jadi wakil rakyat, saya mesti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pegi malam, baru ada sejuuuuuk......

p/s: Agak2 korang jadi penemuramah tue, korang gelak time tue gak x?hehehe
Read more

Friday, February 11, 2011

Pak Guard

,

Abu apply keje di sebuah syarikat utk jadi Pak Guard dan dia diterima keje serta merta. Dia memang hepi n x sbr nak mula keje.

Hari pertama Abu kerja jadi Pak Guard, dia berjaya tangkap 2 orang staf sbb melakukan seks di dalam pejabat.

Abu: Aha! Kamu dah menyalahi undang-undang syarikat!

Lelaki (yg berslh tue): Undang-undang apa?

Abu: Undang-undang tak pakai uniform!
Read more

Monday, February 07, 2011

Lapan Bulan

,

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan.

Setelah mendapat gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya.

"Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.

"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.

p/s: So pd ibu2 ngandung jgn smpi jd mcm nie ye....hehehe
Read more

Thursday, February 03, 2011

Kekasih Curang

,
Nie paper metro tarikh bile ntah - Sumber pakcik Google

Da satu cite ni pasal satu pasangan kekasih yg saling sayang antara satu sama lain. Nak dijadikan cite, tibe2 satu hari tue diaorg terlibat dlm satu accident yg agak teruk la.

Si pompuan tue cedera teruk jgk, banyak darah hilang. So disebabkan terlampau cinta pd kekasih dia, laki nie pun derma la darah dia utk replace balik darah pompuan tue.

Selepas setahun, laki nie dpt tau yg pompuan tue curang pd dia coz dia ada laki lain. Laki tue dgn gentlemannye terus putuskan hubungan diaorg sambil berkata;

"Tak kenang budi punya pompuan! Bagi balik darah yang aku derma dulu!" Si pompuan yg sedang datang bulan tue dgn selambanya membaling KOTEXnya ke arah laki tue sambil berkata;

"NAH! Aku bayar darah ko balik ansur2 tiap2 bulan..."


p/s: Pengsan gak aku if dlm situasi mcm nie.....hehehehe. Pada sape2 yg xtau kotex tue pe sila google ye.
Read more

Saturday, January 22, 2011

Muntah-muntah

,

Suatu hari di sebuah negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

p/s: Hanya lawak semata2. Kalau anda pula mcm mana? Anda or kambing tue yg muntah? Moralnya rajin2 la mandi ye....hehehe
Read more

Wednesday, January 19, 2011

Pakar Bedah - sape yg paling senang utk dibedah?

,

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

p/s:
1. Harap pd politician jgn mare ye, nie lawak je. Maaf zahir batin ye..kuikui
2. Bijak benor pakar bedah ke-5 tue, anda setuju x dgn pendapat dia?
Read more

Thursday, January 13, 2011

Budak pandai zaman kini...

,

Pada satu hari, sorang ibu sedang memasak di dapur. Tiba2, anaknya datang lalu bertanya kpd ibunya.

Anak: Ibu, kenapa perut ibu besar?

Ibu: Sebab dlm perut ibu ada adik kamu.

Anak: Ibu sayang adik?

Ibu: Mestilah.

Anak: Habis tu. KENAPA IBU TELAN DIA!!!

Mak: Arrrrrarrrrrr.....

Hehehe......

p/s:
1. Anak2 korang de tanye cam gini x?hehehe
2. Gambar di atas just hiasan je. Suami korang same2 ngandung ngan korang gak eh? Bape bulan ye...hehehe
Read more

Monday, January 10, 2011

Malam Pengantin...

,

Seorang lelaki bernama Ahmad yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang kawan, Abu.

"Wah, gila sungguh! Ternyata memang betul la," ujar Ahmad. "Pe yg kita biase wat mase bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya pe yg jadi semalam?" si Abu tanye nak tahu.

"Begini. Kau tau kan mase bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ha ah...dah tue?"

"Nah, malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku terberi wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau nie!" Abu terperanjat. "Dah tue mcm mane? Isteri kau x marah ke?"

"Tue lah masalahnya," Ahmad menjawab. "Dia malah bagi balik pulangan wang RM 25 kat aku!"

Maksudnya..isteri dia pun penah dilanggan la..hehehe...padan lah...

p/s: Alahai terkantoi suda...hehehe
Read more

Friday, January 07, 2011

Surat utk isteriku tersayang (musti bace ye...hehe)

,

Untuk Isteriku tersayang...semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hati dan perasaan Ayang. Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, cuma masanya sahaja dirasakan kurang sesuai. Akan tetapi abang rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku di hati selama ini. Harapan abang semoga Ayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang.

1. Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai Ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Ayang tanpa soal. Abang jaga Ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama. Kini relakah Ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2014 hingga 9 Julai 2014. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut Ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2014 di Brazil. Jika Ayang gagal melakukan perkara ini, Ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Ayang bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang
sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika Ayang terpaksa melintas di hadapan tv di waktu tersebut, Ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan Ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa Ayang ke klinik dan juga melayan Ayang selepas itu.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada Ayang jika Ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi Ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada di ambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahawa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitahu saudara mara atau rakan karib bahawa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera.

11. Selepas period abang ini abih..Ayang dilarang merungut: siib baik world cup 4 tahun sekali jer...kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa Ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut emas..pandai-pandai la Ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah...Jika sebaliknya, hendaklah Ayang turut berduka skali.

13. Akhir kata. Majulah sukan untuk negara!

Yang benar,
Abang yang sentiasa menyayangi Ayang

 p/s:
1. Wah isteri2 di luar sane jgn mare ye klu dpt suami cam gini.
2. Nie la suami mithali namenye.
3. So agak2 korang pe si isteri tue reply pd suaminye?
Read more

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger