Salam sahabat semua. Selamat menyambut Nuzul Quran pada hari ini 17 Ramadhan 1432H.
Rasanya ramai yang tahu dgn baik apa itu Nuzul Quran, namun ramai juga yg melepaskan peluang mengambil keberkatan hari yg mulia ini utk melakukan amal ibadah kpd Allah.
Kita sudah pasti tahu mengenai sejarah Nuzul Quran dan kebaikan melakukan amal ibadah pada hari mulia ini namun secara fitrah manusia kita tidak dapat lari dari sikap 'tahu tapi tidak amal'.
Biasa la kita akan bercakap sendiri 'ala bukan aku tidak tahu kebaikan dan kelebihan hari Nuzul Quran tapi saja malas nak buat'. Mungkin kata2 ini yg sentiasa kita dengar atau kita sendiri yg ucapkan.
Rasanya jika apa yg dijanjikan Allah dalam menggandakan pahala umat Islam yg beribadah pada bulan Ramadhan lebih2 lagi hari Nuzul Quran dengan membayar CASH TUNAI waktu tue juga sudah tentu ramai yg sedang duduk di sejadah berzikir atau bersolat. Sudah pasti juga kita dapat melihat senario ramai yg akan memenuhi masjid utk beribadah utk mendapat bayaran CASH TUNAI dari Allah.
Namun Maha Bijaksana-Nya Allah yg tidak memberi bayaran CASH TUNAI kerana memang sudah mengetahui sifat manusia ciptaan-Nya sendiri yg hanya membuat sesuatu bagi ganjaran yg nyata pada mata kasar, maka Allah berikan pahala dalam bentuk yg kita tidak nampak atau lebih tepat lagi sebagai pelaburan akhirat kelak. Tindakan ini utk menguji siapa antara kita yg betul2 beriman dan istiqamah ikhlas melakukan ibadah kpd Allah semata2 mengharapkan rahmat dari-Nya.
Maka tepatlah sebagaimana firman Allah dalam ayat 183 Surah Baqarah yg mewajibkan hamba-Nya yg beriman berpuasa sebagaimana diwajibkan kpd kaum terdahulu, MOGA-MOGA KITA BERTAQWA.
Jika kita lihat dgn baik Allah menyebut dalam ayat tersebut MOGA-MOGA yg bermaksud mungkin ye atau tidak. Maka boleh kita simpulkan ayat ini bukanlah bermaksud dgn berpuasa confirm kita bertaqwa tapi bagaimana dgn puasa itu sendiri akan melahirkan kita dari Universiti Tarbiah Ramadahan ini graduate sebagai hamba Allah yg bertaqwa.
Jadi sahabat semua jom kita ambil keberkatan hari Nuzul Quran ini dan hari2 yg masih berbaki bulan Ramadhan ini yg mungkin menjadi Ramadhan terakhir buat kita.
Apa rancangan anda untuk hari ini? Boleh kongsikan di sini. Sharing is caring...huhu.














