Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, January 03, 2011

Khairul Fahmi dapat Rumah Baru dan dilamar Manchester United (MU)

,

Wah beruntung betul si Fahmi nie ye. Dah la pemain2 yg bawak pulang Piala AFF Suzuki nie dapat imbuhan Rm 26XXX dari Sultan Pahang, dah tue skrg nie nak dapat umah baru lak. Tak yah beli umah dah bila nak kawin dengan gf dia yg cun melecun tue....hahaha.

Umah baru tue adalah pemberian dari Kerajaan Negeri Kelantan atas jase dan kehebatan Fahmi mendefensekan gawang gol Malaysia dari rembetan kencang Indonesia yg kempunan skrg nie. Tapi tak lak aku tau bape harge umah tue. So si Fahmi nie adalah individu kedua selepas Mardiah yg bijaksane tue dapat umah dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Dan nie berita yg lagi mengezutkan n best lg dari umah baru tue. Uols tahu si Alex Ferguson tue dah arah utk lamar si Fahmi nie utk bermain dgn Manchester United. Wuyooo dapat join kelab terkemuka tue. Bukan calang2 org yg dpt join dah tue dilamar oleh si alex lak tue. Confirm alex teruja dengan gaye Fahmi stun sane sini tempias bola. Sumber kate arahan utk lamar Fahmi nie dibuat 2 jam selepas perlawanan tue. Samada nie betul or x kita wait n see ye. Tak pun Uols gie la tanye Fahmi sendiri or gf dia yg hot tue...

Nak tahu lebih lanjut klik sini.

p/s: alahai Fahmi, menjadi rebutan gadis2 melayu terakhir mase kini
Read more

Friday, December 31, 2010

Demam kemengan Piala AFF Suzuki tak abis lagi....

,


SEPANG - Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini umpama pesta petang semalam apabila lebih 3,000 peminat menyambut ketibaan skuad bola sepak Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.

Mereka sudah berkumpul di situ sejak pukul 2 petang dan tidak berganjak walaupun menyedari jadual ketibaan pesawat Penerbangan Malaysia MH710 yang membawa pulang skuad negara ditunda sejam.
Nyanyian dan laungan kata-kata semangat 'Malaysia Boleh' bergemuruh di kawasan itu sehingga menarik perhatian ramai pelancong asing yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama para penyokong Malaysia.

Biarpun jumlah yang hadir ramai, para peminat yang kebanyakannya ahli kelab 'Ultras Malaya' tetap berhimpun dengan aman dan memudahkan tugas kira-kira 50 anggota pasukan keselamatan yang membuat kawalan di situ.

Selepas hampir dua jam menunggu, mereka akhirnya bersorak melihat kemunculan skuad negara bersama jurulatih, K. Rajagobal yang berjalan keluar dari balai ketibaan KLIA - Sumber KOSMO

p/s: Wah jadi tumpuan la skuad bola sepak Malaysia kita nie. Tapi Khairul Fami ngan aweknye lagi jadi fenomena. Kepada wanita2 di luar sane jangan gigit jari ye melepas tak dapat fahmi...hahaha.
Read more

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki - Khairul Fahmi Hero of Da Nite

,

Salam & selamat malam semua....

Piala AFF Suzuki sah milik Malaysia setelah tamatnya wisel pengadil tepat jam 10 tadi. Walaupun Malaysia kalah 1-2 dengan Indonesia namun tetap menang dengan agregat 4-2.

Aku rase malam nie persembahan yang dibawa pemain Malaysia mase separuh mase pertama bagus dengan strategi tersendiri. Tapi bila masuk separuh mase kedua dah macam hambar sikit coz dapat bola je diorang tendang tak tentu arah. Nampak macam desperate skit la.

Tapi adanya goalkeeper cemerlang Khairul Fahmi memang mantap la. Banyak betul asakan demi asakan rembatan Indonesia yang dia save. Cayalah Fahmi, you are the hero tonite.

Walaupun begitu tahniah juga pada pemain2 Malaysia lain yg aku rase dah lencun dengan peluh masam diaorang tue setelah berhempas-pulas menyerang dan mendefensekan gawang gol Malaysia.

Pe pun tahniah again atas kemenangan nie. Bukan senang nak tengok Malaysia menang PIALA dalam perlawanan level antarabangsa macam nie.

p/s: Aku sedikit kecewa dengan OWN GOAL oleh mamat mane tah....
Read more

Sunday, December 26, 2010

Malaysia tewaskan Indonesia 3-0

,

Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Gol-gol Malaysia hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 73 manakala satu gol lagi daripada Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-68.

Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu ini. - Utusan

p/s: Tahniah kepada pasukan bola sepak kebangsaan. Sukan Bola Sepak Malaysia semakin menyinar.
Read more

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger