Apa kabar anda hari ini? Semoga kehidupan, impian, pekerjaan anda pada hari ini dan mendatang akan berjalan dengan baik. Sudah lama saya tidak menulis di sini atas faktor kesibukan kuliah dan peperiksaan yang sangat memerah otak pemikiran hingga terasa kering idea untuk menulis di sini. Tapi mungkin itu alasan saje...hehehe.
Well sebenarnya saya ingin membawa satu isu yang acap kali dibincangkan dan sudah pasti membuat pemuda/i celik mata dan bersemangat. Isu yang saya maksudkan adalah kahwin.
Siapa yang tidak suka untuk berkahwin sudah tentulah pelik. Namun mungkin ada alasan sendiri dan itu perkara ke-2. Apabila kita berbicara soal kawin, baik lelaki atau perempuan akan melirik senyum hingga paras telinga dan umpama bermimpi di siang hari membayang saat perkahwinan. Ini adalah lumrah dan tidak dapat dinafikan.
Jadi apa persoalannya di sini? Apa yang ingin dibicarakan pasal kahwin? Ada duit, hati berkenan, masa baik maka kahwin lah. Apa yang nak diributkan dengan persoalan lagi. Sabar bukan persoalan di sini bermaksud untuk merumitkan soal perkahwinan tetapi untuk merungkai perkahwinan yang akan membahagiakan pasangan tersebut bukan sahaja di dunia malah sampai ke dunia kekal abadi akhirat.
Jadi melihat kepada rancaknya perkahwinan anak muda zaman ini, maka saya tertanya dan berharap sahabat boleh berkongsi, apakah yang anda harapkan dari perkahwinan dan plan jangka panjang yang difikirkan anda dan pasangan untuk mencapai kebahagiaan sebuah perkahwinan.
Anda ingin berkongsi atau menceritakan pengalaman? Sila lah tulis di sini, moga2 bermanfaat...insyaAllah.
nak perkahwinan yang kekal lama : D
This comment has been removed by the author.
nikah kaweng ni mcm gamble
sbb dah kaweng ni kita akan tahu buruk baik pasangan
masa tu dah tak bleh buat u-turn
so kena pk masak2 :)