Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Sunday, April 17, 2011

Kasut bertatah 2,200 butir berlian

,
KASUT House of Borgezie ini dihiasi dengan 2,200 butir berlian.
LONDON, Britain - Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 (RM691,029) dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie di sini kelmarin.

Kasut buatan tangan itu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat.

Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu.

"Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit," kata Shellis. -KOSMO

p/s: Kasut pun blh jadi mahal mcm nie? Sekadar nak pijak jalan or tanah je pun...huhuhu

0 Kritikan pedas to “Kasut bertatah 2,200 butir berlian”

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger