Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Thursday, April 28, 2011

Ninja pantau keselamatan orang ramai

,
SEORANG kanak-kanak melihat aksi ninja yang berkawal di Royal Tunbridge Wells di Kent baru-baru ini.

KENT, Britain - Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan-jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent.

Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.

Dia juga membantu warga tua untuk melintas jalan sehingga membuatkan ramai penduduk yang cukup berterima kasih kepada ninja tersebut.

Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.

"Ada segelintir orang di Facebook mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita tentang ninja ini. Tetapi saya akui, sayalah ninja itu.

Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut. Namun, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri. Sumber KOSMO

p/s: Ada sape2 yg nak jadi hero berkawal di bandar2 di Malaysia nie?

2 Kritikan pedas to “Ninja pantau keselamatan orang ramai”

  • April 28, 2011 at 8:39 AM
    syuxer says:

    ek eleh polis..bila orang nak tolong dorang kurangkan jenayah,bukannya terima kasih tapi ucapan supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri..saya salute ninja ni..bagus keje dia..kurang cikit kesalahan2..di Malaysia?emm kalau wat cmtuh,orang akan cop orang gila kot heheh..x pasal2 kena antar kat tanjung rambutan..hehe..:)

    delete
  • April 28, 2011 at 9:08 AM
    Afiq Din says:

    klu kt msia cicakman la heronyer

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger