Artikel bloggers
Mari Ushar Promosi Hangat
Tuesday, May 31, 2011
Nenek 74 tahun ahli bina badan
Ditaip oleh
Journey of Youth
,
pada
3:05 PM
BALTIMORE - Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.
Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
"Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot. Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.
Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing. Sumber KOSMO
p/s: Wah mantop la nenek nie, aku sendiri pun x berotot mcm tue....huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahaha..gila lah nenek ni..
jeles ah..huhu
tu r td terbace kat kosmo..dhsyat btl hihihi
oo mak aih...biaq benar....
letak nenek aku sebelah dia... fuh jauh beza!
huhuh...no komen... :)
dasat tol..
kalah fi..
huhuhu..:)
nenek ni 74 or 47 tahun??...muscle still mantap lg ni