Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Saturday, July 23, 2011

Dua mangsa simbahan asid ingin ke sekolah

,
KEADAAN Shafiq Aiman (kiri) dan Syafiq Haikal (kanan) ketika dirawat di HKL semalam

KUALA LUMPUR - "Mak, macam mana adik nak pergi sekolah?"

Demikian rintihan salah seorang mangsa kejadian simbah asid, Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, kepada ibunya, Rohashimah Julaili, 33, setelah disimbah asid oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berdekatan rumah mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang Selasa lalu.

Seorang lagi mangsa, Syafiq Haikal, 13 dan adiknya itu kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Jengka.

Kata Rohashimah, Shafiq Aiman yang paling teruk terkena simbahan asid kerana kecederaannya meliputi muka dan separuh daripada badan manakala abangnya hanya terkena sebelah muka sahaja.

"Doktor memberitahu mata kedua -dua anak saya berkemungkinan tidak buta tetapi perlukan rawatan teliti bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain yang tidak dijangka," katanya ketika ditemui Kosmo! di HKL semalam.

p/s: Kesian aku tengok mangsa2 simbahan asid oleh lelaki x siuman.Semoga Allah meringankan penderitaan mereka....ameen

0 Kritikan pedas to “Dua mangsa simbahan asid ingin ke sekolah”

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger