Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Tuesday, May 03, 2011

Lelaki 2 kali disambar petir selamat

,


NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. Sumber KOSMO

p/s: Laki nie kebal ke? Nie la hebatnya takdir Tuhan....huhuhu

9 Kritikan pedas to “Lelaki 2 kali disambar petir selamat”

  • May 3, 2011 at 10:51 AM
    almutarjimah says:

    Fuiyo!

    delete
  • May 3, 2011 at 10:51 AM

    Allah Maha besar...

    delete
  • May 3, 2011 at 11:13 AM
    aza says:

    subhanallah...

    delete
  • May 3, 2011 at 12:03 PM
    Anonymous says:

    hah! kita dah jumpa clark kent!

    delete
  • May 3, 2011 at 2:37 PM
    Unknown says:

    ntah2 die mmg superhero..hehehe

    delete
  • May 3, 2011 at 4:26 PM
    toyolkiut says:

    ada makna tu..
    setiap kejadian ada hikmah d sbaliknya..

    delete
  • May 3, 2011 at 4:42 PM
    Lina says:

    belum smpai ajal..

    delete
  • May 3, 2011 at 6:10 PM

    wow sangat menakutkan ini gan

    delete
  • May 3, 2011 at 8:47 PM
    LadyBird says:

    mungkin di pakaian die terdapat "sesuatu" yang mampu menarik cas petir tu.. sebab tu petir menyambarnye dua kali.. mungkin ye mungkin tidak.. tp kenapa lelaki ni selamat ek.. dia pakai baju yg merenjatkan renjatan tu ke ek.. mcm2 terlintas di benak ni..

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger