Artikel bloggers
Mari Ushar Promosi Hangat
Saturday, May 28, 2011
Fakta mengenai Ketawa
Ditaip oleh
Journey of Youth
,
pada
12:37 PM
Ketawa adalah ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.
Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.
Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan.
Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.
Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental.
p/s: So ketawa la slalu tapi jgn sampai pecah perut suda...hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahhahah..
nak ketawa banyak2...heheh
ada org kata kalu ketawa banyak, ilmu mudah hlang, camna pulak menda tu terjadi?