Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Wednesday, May 18, 2011

Penghuni flat Singapura minum air mayat

,
BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amahIndonesia ditemui dalam sebuah tangki air kelmarin.




SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman. Sumber KOSMO

p/s: Korang rasa pe kalau korang di tempat diorang nie? Nak muntah balik? Loya? Trauma?

16 Kritikan pedas to “Penghuni flat Singapura minum air mayat”

  • May 18, 2011 at 11:22 AM
    Unknown says:

    waa..gile takott kalu macam nih..naseb ahh ta duduk umah flat ke ape.. :D

    delete
  • May 18, 2011 at 11:31 AM
    SRenungan says:

    perh..cm ni trauma seumur hidup..
    selamat duk umah kg..hehehe

    delete
  • May 18, 2011 at 11:35 AM
    syuxer says:

    ni lah keburukan dok umah flat...yarkkhhh air mayat..cmner la rasa nya kan??mesti cam air tebu kan hahah

    delete
  • May 18, 2011 at 11:48 AM
    Kay Masingan says:

    omg....tidak sangguplah...uweekkkkk..

    delete
  • May 18, 2011 at 11:55 AM
    Qurnia Wera says:

    eeeuuuuuwwwwww....wwwwweeekkkk..... mau termuntah setiap hari bila teringat minum air tu...

    delete
  • May 18, 2011 at 12:14 PM
    Emma Nyiu says:

    blerk~, euww.. Sy tinggl umh flat.. harap2 takdo la berlaku cam ne...

    delete
  • May 18, 2011 at 12:32 PM
    Unknown says:

    Oh..Tidak..
    Pindah Rumah acH..
    HHehe^^

    delete
  • May 18, 2011 at 1:01 PM
    Muttallif says:

    Arghhhh~~~~~Rasa mcama Milo Tak?

    delete
  • May 18, 2011 at 1:14 PM

    uweeekkkkkkkk.nak muntah la.eu,apa agaknya perasaan penghuni flat tue..sesedap rasa je makan bubur kacang hijau+air mayat :P

    delete
  • May 18, 2011 at 1:30 PM
    fiey ahmads says:

    wekk..klo yg pakai penapis air diamond tuh mesti xleh nk agak kan..hikhik..

    delete
  • May 18, 2011 at 1:39 PM
    Umi says:

    dalam citer Dark Wter jer pulak..,

    Heee~

    delete
  • May 18, 2011 at 1:41 PM
    cik beLLanan says:

    euwww. tak sanggup den klw terminom air mayat. fobia nak minum air lg nty ;p

    delete
  • May 18, 2011 at 2:04 PM
    MOK&SONS says:

    perghh...rasa nak termuntah pulok..

    delete
  • May 18, 2011 at 3:02 PM
    Misty Melor says:

    subhanallah...

    delete
  • May 18, 2011 at 3:38 PM
    cik anum says:

    eiyyuuwwww, trauma trauma..
    err gelinye ~

    delete
  • May 23, 2011 at 12:58 AM
    Unknown says:

    huhuhu.. sadis betul.. lepas nie semua pintu tangki kena mangga..

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger