Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Friday, September 02, 2011

Salam Eidul Fitri

,




Salam sahabat semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Mohon maaf jika sepanjang blogging nie ada tersalah kata atau salap silap yg sengaja atau tidak.

Bagaimana raya anda pada kali nie? Gembira? Suram? Atau apa pula suasana kali nie?

Apa pun jua suasana sambutan raya kali nie, sy harapkan anda semua berbahagia di pagi lebaran Eidul Fitri. Sudah pasti ada saja bibit2 indah pd pagi raya atau sepanjang hari mulia tue.

Berbaju baru di pagi raya dgn fesyen dan warna yg pelbagai sdh pasti menambah suasana raya lebih ceria lagi. Ditambah pula dgn sanak saudara berkumpul di kampung di pagi raya menjadikan suasana raya bertambah ceria dgn suara anak2 kecil berlari.

Macam mana dgn juadah raya? Sudah pasti tak cukup meja nak letak hidangan raya yg pelbagai. Dgn ketupat rendang, nasi minyak atau tomato, ayam masak merah, daging masak rendang atau gulai, biskut raya yg pelbagai jenis sudah pasti membuka selera di pagi raya.

Maka tidak hairanlah jika kita timbang berat selepas raya bagai nak tercabut jarum penimbang. Badan pun kelihatan kembang dan seluar pun terasa ketat. Ini lah hasilnya apabila terlalu byk Open House yg dikunjung...hehe.

Walau apa pun jua aktiviti raya anda, jgn lupakan sahabat2 kita yg kesusahan beraya. Maka seharusnya kita bersederhana dalam merayakn Eidul Fitri.

Semoga kita sentiasa berada dalam keberkatan Allah dan meneruskan legasi Ramadhan di 11 bulan akan datang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 Kritikan pedas to “Salam Eidul Fitri”

  • September 2, 2011 at 1:54 PM

    tahun ni raya kurang meriah =,="

    mebi sebab masing2 dah besar kot..

    p/s: selamat hari raya
    maaf zahir batin :)

    delete
  • September 3, 2011 at 8:20 PM
    Unamn says:

    selamat hari raya .. terima kasih sebab sudi komen tau..

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger