Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Tuesday, October 11, 2011

Siapa penah kena sawan?

,

Salam semua...

Hope korang sihat dan hepi slalu. Bagi yg belum makan sila singgah di kedai mamak dan gemukkan diri anda. Bagi yg belum solat tue, solat la dulu then baru buat keja lain. Baru la berkat keje korang tue.

Well actually hari nie nak aku nak cite pasal sawan. Ade sesape di sini yg penah kena sawan or terserempak dgn orang yg kena sawan?

If korang kena sawan xda la korang ingat pe jadi. Tetiba je sedar korang confuse dan mengconfusekn org lain...haha. Tapi bagi org yg tengok org kena sawan sudah tentu berasa panik x tahu nak buat apa atau rasa nak tengok je free show depan mata tanpa buat apa2.

Jadi apa sebenarnya sawan nie? Jom kita kenali sawan nie, so that kita xda la x tentu arah bila terjadi hal nie.

Sawan nie atau dlm bahasa omputihnya convulsion or seizure adalah tindakan badan terutamanya tangan dan kaki mengalami kekejangan atau pergerakan yg abnormal.

Apa yg menyebabkan sawan nie? Sawan nie boleh disebabkan oleh beberapa faktor yakni;
  • Demam
  • Trauma especially kepala atau tulang belakang (spine)
  • Faktor metabolisma i.e hypoglycemia, hypocalcemia...
  • Infeksi i.e meningitis, encephalitis (rujuk kamus ye...hehe)
Nie antara faktor yg common la, ada faktor lain lagi. If nak jelas korang boleh tanya pakcik google atau Doktor yg bertauliah ye

Apa pula simptom2 sawan nie? Nie jawapannya, eh mcm exam pula... :)
  • Uprolling of the eye ball (bola mata berputar, ala mcm bila korang pandang atas tue)
  • Generalize tonic-clonic seizure (nie maksudnya kejang)
  • Tidak sedarkan diri / separa sedar / confuse
  • kancing gigi
  • mulut berbuih
So tue adalah simptom2 yg korang akan nampak bila org kena sawan. So apa yg korang perlu buat pastikan call ambulance cpt2 or bawak dia ke Hospital dgn segera.

Waktu tunggu ambulance tue pastikan xda objek2 berdekatan dgn dia sebab dia maybe terlanggar waktu kejang tue kan. Dan jgn masukkan apa2 dlm mulutu dia utk bagi dia gigit kononnya takut dia tergigit lidah. Amalan nie x betul sebab dikhuatiri akan sebabkan lidah dia kebelakang dan menutup saluran pernafasan dan terjadinya sesak nafas.

Rawatan selebihnya serahkan pada doktor utk kenal pasti punca sawan tersebut. Doktor kemudian akan merawat sawan tersebut berdasarkan puncanya sbg contoh jika ia disebabkan oleh infeksi maka terapi antibiotik akan diberi.

Jadi tue la serba sedikit tentang sawan. Pada korang yg baru ada anak tue, sila2 la jaga dan perhatikan anak korang especially bila dia demam. Umur antara 6 minggu hingga 6 bulan adalah besar kemungkinan dan senangnya terjadi sawan yg disebabkan faktor2 yg disebut di atas.

If korang ada pertanyaan /  komen / kisah sawan utk share sila tulis di ruangan komen ye.

2 Kritikan pedas to “Siapa penah kena sawan?”

  • October 12, 2011 at 9:45 AM
    Ungu Violet says:

    yup...baby kalau kene demam panas mmg bahaya..huhu

    delete
  • October 16, 2011 at 3:37 PM
    sarina izryn says:

    hurm...anak saya hampir mengalami demam sawan...tapi mujur bby sitter dengan pantas mengambil tindakan dengan menghantarnyer ke hospital...pengajaran buat saya yg lebih berhati bila anak2 kecil demam....cepat2 bertindak walau tidak terlalu panas...

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger