Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Wednesday, December 01, 2010

Kewafatan Rasulullah S.A.W.

,
Bismillahi walhamdulillah.
Saya akan cuba kongsikan riwayat dan hadis-hadis sekitar kewafatan baginda saw. Semoga dengan ini lebih menyuburkan kecintaan, kerinduan kepada Rasulullah, lantas meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Jalla wa'ala.

Peristiwa-peristiwa tahun kesebelas Hijrah.

Pulang sahaja daripada melakukan haji wada', rombongan kenabian mulai mendapat kekuatan dan kekukuhan di kota Madinah yang suci.

Di tahun ini juga, terdapat banyak peristiwa-peristiwa hebat. tetapi yang paling dahsyat adalah kewafatan baginda saw.

Walaupun pada hakikatnya, sesungguhnya Allah sebenarnya memindahkan baginda dari dunia yang sementara ini menuju negeri kenikmatan yang abadi. Negeri yang kebanyakan kita tak mahu kesana, kerana cintakan apa yang ada didunia.

Tidak bagi baginda saw.

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى *وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى

Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik dari permulaan. Dan kelak pasti Rabbmu memberi kurnia kepadamu, lalu hati kamu menjadi puas (Ad-Dhuha 4-5)

Ya'ni setelah sempurna ajaran risalah yang diperintahkan oleh Rabbnya, dan setelah selesai tugasan memberi peringatan khabar gembira (basyira) serta peringatan berkenaan azab (nazira) kepada ummahnya.

Wafatnya baginda saw merupakan peristiwa yang paling dahsyat menimpa kaum muslimin. Peristiwa yang tak pernah mereka bayangkan akan berlaku.

Sehingga akal mereka menjadi lingkung. Pijakan mereka bergetar hebat. Kesedaran, pemikiran serta kepimpinan mereka kesemuanya lenyap.

Antara mereka ada yang hilang waras, ada yang jatuh pengsan, ada yang tidak mempercayai. Bahkan ada yang mengancam sesiapa yang berani mengatakan baginda telah wafat.

Keadaan di Madinah menjadi kacau bilau. Lalu Allah memperbaiki Islam dengan dibaiahnya Abu Bakar R.a.

Jadi wafatnya Nabi saw merupakan sebuah kebinasaan dan musibah yang dahsyat kala itu. Sebab, Ali hanya bersembunyi di dalam rumah bersama Fathimah.
Uthman pula hanya terduduk membisu.

Umar justeru meninggalkan baginda saw dengan menafikan dengan ucapan "Rasulullah tidak wafat!"

Ibnu 'Abdil Barr menyebut : Umar tak mempercayai wafatnya nabi saw dan ia mengingkari siapa saja yang mengatakan baginda saw telah mati.

Umar keluar menuju masjid lalu berkhutbah.

Dalam khutbahnya ia berkata :
Sesungguhnya orang-orang munafiq mengatakan "Sungguh rasulullah saw telah wafat" Demi Allah, sesunguhnya Rasulullah tidak wafat. Namun baginda pergi bertemu Rabbnya sebagaimana halnya Isa pergi. Sungguh Isa pernah menghilang dari kaumnya selama 40 hari, kemudian kembali lagi kepada mereka. Demi Allah, Rasulullah benar-benar ajab kembali lagi sebagaimana halnya Isa kembali, lalu beliau akan memotong tangan dan kaki orang-orang yang meyakini Rasulullah telah wafat"

Abu Dzuaib Al-Hudzaili pula menceritakan : Ketika aku tiba di madinah, maka aku melihat seluruh penduduknya hiruk-pikuk seperti hiruk-pikuknya jemaah haji saat semuanya mengucapkan Talbiyah untuk ihram. Aku pun bertanya "Ada apa ini?" Mereka menjelaskan "Rasulullah telah wafat".

Sungguh kecintaan para Sahabat terhadap nabi mereka telah sampai ke taraf yang begitu takjub. Kerana mereka selalu berangan-angan agar Rasulullah tak tertusuk duri pun, walau mereka kehilangan nyawa, harta bahkan anak mereka.

Ada seorang wanita dari Bani Dinar, yang mana suami, saudara lelaki, serta ayahnya telah syahid sewaktu di Medan Uhud.

Tatkala kematian mereka dikhabarkan wanita itu, ia justeru menyebut : Bagaimana keadaan Rasulullah?

Orang ramai menjawab : Alhamdulillah, baginda baik-baik sahaja seperti yang engkau harapkan.

Wanita itu berkata lagi : Perlihatkan dia kepadaku sampai aku boleh melihat baginda!
Diringkaskan, apabila ditunjukkan posisi baginda, wanita itu berucap : Setiap musibah setelah dirimu (wahai Rasulullah) adalah ringan.

Maka wafatnya baginda Saw merupakan MUSIBAH yang paling besar serta kebinasaan bagi kaum Mukminin.

p/s: Mari sama2 kita muhasabah kecintaan kita pd Rasulullah walaupun x sehebat SAHABAT menyintai Rasulullah...

0 Kritikan pedas to “Kewafatan Rasulullah S.A.W.”

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger