Artikel bloggers
Mari Ushar Promosi Hangat
Thursday, January 06, 2011
Melancong bawa Tatiana kepada Islam
Ditaip oleh
Journey of Youth
,
pada
5:09 PM
GADIS berasal dari Slovakia ini terbuka hatinya memeluk Islam selepas mendengar alunan azan yang mengasyik dan membuaikan perasaannya ketika mengunjungi ke Kaherah, Mesir, Negara Seribu Menara!
"Ketika mendengar suara azan itu, jujur saya katakan, saya merasakan hati saya bergetaran, aneh sekali! Seakan-akan saya dalam keadaan hipnosis dan tidak mendengar suara lain kecuali azan yang berkumandang dari menara-menara masjid," kata Tatiana.
Akhirnya beliau memeluk Islam dan sejuta kata-kata tidak cukup bagi Tatiana untuk meluahkan kecintaannya kepada Allah.
"Inilah yang saya rasakan saat ini. Islam ibarat darah yang mengalir dalam sekujur tubuh sehingga ke hujung jari saya. Ketika bercakap-cakap dengan Allah di dalam solat, merupakan saat yang paling indah kerana seusai solat, hati kepalang tenang kerana segala beban di fikiran telah Allah dengarkan.
"Saya berterima kasih kepada Allah SWT atas hadiah Islam, yang sangat berharga ini. Sepanjang hidup ini hanya memuji dan mensyukuri segala nikmat-Nya," katanya.
Perjalanan Tatiana menuju ke gerbang Islam boleh disifatkan sebagai sederhana kerana tidak terlalu melewati satu perjalanan yang sukar. Tetapi jika tidak kerana hobinya yang suka melancong, tidak mungkin Tatiana dapat mengenali Islam.
"Saya gemar melancong bersama keluarga ke pelbagai negara terutama negara-negara Islam kerana mereka menjanjikan keunikan budaya yang sangat tersendiri walaupun masing-masing mengamalkan ajaran agama yang sama, iaitu Islam," jelas beliau.
Bukan sahaja kerana kehebatan kubur terbesar dunia iaitu piramid Mesir yang meninggalkan kesan yang mendalam, tetapi bagi Tatiana kerana budaya hidup yang begitu dipertahankan. Ia tidak begitu robek oleh mana-mana budaya asing maka keunikan terutamanya masyarakat Islam sangat meninggalkan kesan di hatinya.
Apabila berada di Mesir, setiap pelancong akan sentiasa dekat dan mendekati masjid. Masing-masing dengan seni bina yang tersendiri, yang terpelihara sejak berabad lamanya ditambah pula setiap masjid itu terkandung sejarah di dalamnya. Semua itu menjadikan Tatiana begitu mengagumi keunikan Mesir.
"Walaupun terdapat pelbagai perbezaan rupa, warna dan saiz masjid namun apabila secara serentak azan berkumandang dari setiap masjid maka ia merupakan satu fenomena yang sangat hebat pernah saya alami.
"Saat itu juga pula umat Islam segera memenuhi masjid untuk bersolat dengan penuh kesatuan dan bersama-sama untuk mengadap tuhan. Semua pengalaman baru ini menjadi begitu unik dan berbekas di hati saya," katanya.
Tatiana mengakui, pengetahuannya tentang Islam adalah cetek. Begitupun kalangan umat Islam sendiri yang sekian lama mewarisi agama itu, tidak sehebat Tatiana yang secara tiba-tiba sangat tertarik terhadap bahasa Arab.
"Saya percaya bahasa ini mempunyai roh yang sangat kuat, jika tidak mengapa saya begitu teruja dan takjub terhadap panggilan azan.
"Ini kerana saya percaya bahasa itu adalah bahasa paling indah di dunia sehingga mampu meninggalkan kesan yang paling indah kepada sesiapa yang mendengarkannya," katanya.
Sekembali ke negara asalnya, Mesir tidak sekadar tinggal pada ingatan dan kenangan manis buat Tatiana. Terutama hendak mencambahkan minat beliau terhadap Bahasa Arab.
Nak tahu lebih lanjut klik sini
p/s: indah Islam nie kan, dengar azan je pun dah bergetar hati. kita nie ari2 dgr azan tp tak hayati gak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semakin ramai yg tertarik dgn islam sekarang nie...Alhamdulillah....
yup..azan itu kalimah yg pling indah...org kafir pun dh mle tertarik pd islam..tp kte masih x sedar yg islam sendiri msih bergaduh sesame sendiri
semoga lebih ramai lagi orang seperti tatiana mendapat NUR daripadaNYA. Amin ~
tatiana tu nama org ke ?
sungguh hidayah itu milik Allah dan ia adalah anugerah kepada hamba yg Dia kehendaki, smoga kita sntiasa dalam hidayah Allah
World of Ad-Dien (WADi)