Artikel bloggers
Mari Ushar Promosi Hangat
Tuesday, January 04, 2011
Telur rebus ku sayang (musti bace smpi abis ye)
Ditaip oleh
Journey of Youth
,
pada
2:16 PM
“Aku baru saje kawin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua saje coz belum dikurniakan anak lagi. Aku ni ada satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kawin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kawin nie aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni, sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. So aku dah tak kisah lagilah.
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak. Aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tue. Eh ada telur rebus lah. Akupun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tue aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.
Tiba je kat rumah aku rasa kenyang sangat. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku nie. Aku pun tahan le. Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.
Fuuuuhhh lega rasanye, bau boleh tahan. Maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi. Alamak, ada lagi satu la. Aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi. Bunyinya PROOOTTT!! Fuh…bau jangan cakap beb. Aku pun tak tahan bau dia. Aku kipas pakai tangan bagi kasi kurang sikit bau dia. Adalah macam bau telur tembelang sikit. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi. Hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu. Lepas tue aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu…PRRROOOOOTTT!!! Fuhh lega, bergegar sikit meja makan dibuatnya. Peh tak tahan aku bau dia power gila. Aku tutup hidung aku. Aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la. Mau mati bunga atas meja makan aku ni. Sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. leganye’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat. Lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku. Laaa birthday aku hari ni le. Camne boleh lupa ni. Aku buka le kain penutup mata aku. Mulutku terus melopong…
ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat ialah muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha adeiii..baik pya terbauuu...adeiii
taniah ye..kamu menang teka teki
http://www.fdhelina.com/2011/01/jawapan-jom-teka-pemenangnya-adalah.html
bagus punya kentut..haha...kalau ak mau terjun lombong pasal malu
klaka!~ ;D
Talk of A Soul
wakakakaakaa.......saba jewlaaa...ngeee
ahahahahahah!!!!!!
hahahahahahaha.
demmm....bau siot
hahaha ! baik punya kentut kau. haha
hehehe mantop!!!
pernah baca dah kisah ni kat blog siapa ntah.. hahahaha!! nak kentut tgk sekelining dulu..
tak bole bla
sblum mkn kek dapat rasa bom dlu kre oke la tu kan
hahahaha.....tak yah mkn.dah kenyang dah.
haha pernah baca cite ni kt fb...gile sengal btol punye cite