Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Tuesday, January 04, 2011

Tinggalkan najis selepas mencuri

,

KUANTAN - Pencuri yang memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini semalam bukan saja melarikan sejumlah wang syiling tetapi juga sempat membuang air besar di premis itu.

Pengurus pasar raya itu, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2 pagi dengan pencuri itu memecah masuk menerusi tandas di pasar raya itu selepas mencungkil batu-bata pada dinding tandas.

"Pencuri juga seolah-olah tahu di mana wang syiling tersebut disimpan kerana hanya menyasarkan ruang pejabat tertentu," kata Yoke Chow ketika ditemui di sini.

Menurut pengurus pasar raya itu lagi, pencuri juga tidak memecahkan pintu bilik yang disasarkan untuk mendapat wang syiling itu, sebaliknya hanya membuat lubang pada dinding yang didirikan daripada kepingan papan lapis - Sumber KOSMO.

Nak tahu lebih lanjut klik sini

p/s:
1) macam2 trend pencuri skrg ye? maybe dia tinggalkan najis tue sbg souvenir tande time ksh pd tuan pasar raye tue...hehehe.
2) kalau anda lak nak tinggal pe?

1 Kritikan pedas:

  • January 4, 2011 at 11:04 PM
    SheyPull says:

    dah x tahan dah 2...

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger