Artikel bloggers

Friday, February 18, 2011

Duda Tua

,
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata;

"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab;

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, dia telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

p/s: So pada duda2 sekalian, rajin2 la siram kubur isteri kamu ye...hehehe.

8 Kritikan pedas to “Duda Tua”

  • February 18, 2011 at 10:49 PM
    Piasara says:

    Memang tak nak,tapi bila isteri dah meninggal dunia...si suami berhak membuat keputusan samada nak kawin lg atau tidak,cepat atau lambat.Anak2 pon tak boleh bantah kalau si bapa nak kawin lain,slps ibu mereka meninggal.

    delete
  • February 19, 2011 at 8:09 AM
    mira_nas says:

    adoi..cepat betul nak kahwinnya ye..
    kalau lelaki yang meninggal.. perempuan susah nak cari lain.. ye lah.. susah dan senang sudah dirasai bersama..

    delete
  • February 19, 2011 at 9:59 AM

    oo ade udang disebalik batu rupanya..

    delete
  • February 19, 2011 at 3:16 PM

    hahahhaha!apa da!:)

    delete
  • February 19, 2011 at 8:47 PM
    fara feroza says:

    yelah..lelaki memang tak boleh hidup tanpa isteri disisi.... sekurang2nya duda ni kawin lepas isteri dah meninggal...huhuhu...:)

    delete
  • February 19, 2011 at 10:39 PM
    lynn angel says:

    bijak la pakcik ni.. haha..

    delete
  • February 20, 2011 at 12:44 PM
    Abu Talib says:

    Lawak betui la..hehehe

    delete
  • February 22, 2011 at 9:01 AM
    deem says:

    hahahaha...rupanya ada agenda tersembunyi ya pakcik....:)

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger