Artikel bloggers

Tuesday, April 26, 2011

Misteri 10 jari dikerat 'cantik'

,
SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui semalam.

GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.

"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Sumber KOSMO

p/s: Apa nak jadi dgn dunia skrg nie. Jenayah dah tiada batasan....ish2

9 Kritikan pedas to “Misteri 10 jari dikerat 'cantik'”

  • April 26, 2011 at 9:03 AM
    Bicarahati says:

    Dunia skang biaalah banyak pengaruh. Tambahan perikemanusiaan makin hilang. Tue belom kira bebudak kecik kena sepak terajang. Manusia kini lebih mudah membunuh. Marah jer bunuh. Semoga kita semua sentiasa diselamatkan.

    delete
  • April 26, 2011 at 9:17 AM
    Mrs.Yie says:

    keje along ni kot..huhu

    delete
  • April 26, 2011 at 9:29 AM
    Dawa says:

    kes tak bayar hutang along ni

    delete
  • April 26, 2011 at 3:38 PM
    LadyBird says:

    menakutkan :(

    delete
  • April 26, 2011 at 5:12 PM

    giler kejam!

    delete
  • April 26, 2011 at 8:56 PM
    NasZ says:

    betul tu. jenayah dah makin kejam skrg. nak ikut stail negara luar.

    PEREBUTAN ... PART 4

    delete
  • April 26, 2011 at 11:29 PM

    OMJ ! takut!!!

    delete
  • April 26, 2011 at 11:34 PM

    grrrrr gerunnye.. huhuhu

    delete
  • July 12, 2011 at 4:28 PM
    Ringgo says:

    jenayah semakin maju ..
    manusia dah takda perasaan belas kasihan lg..
    sungguh hebat!!

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger