Artikel bloggers

Monday, June 13, 2011

Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak

,
SARFARAZ SHAH ditembak beberapa kali oleh askar Pakistan di Karachi pada minggu lalu

KARACHI - Seorang lelaki tidak bersenjata ditembak pada jarak dekat oleh anggota tentera yang kemudian cuma memerhatikannya mati akibat pendarahan di sebatang jalan di Pakistan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dalam kejadian yang dirakam di sini pada minggu lalu, seorang lelaki berpakaian preman menarik mangsa yang didakwa melakukan rompakan lalu membawanya kepada sekumpulan anggota tentera Pakistan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Sarfaraz Shah merayu belas kasihan tetapi seorang askar tersebut menembaknya beberapa kali dengan peluru menembusi kaki serta tangan mangsa.

Dia rebah ke tanah dan merintih kesakitan tetapi askar-askar tersebut cuma memerhatikan mangsa mati akibat pendarahan sambil berbual sesama mereka.

Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian juga tidak mempedulikan mangsa. Sumber KOSMO

p/s: Mungkin betul dia penjenayah, tapi melihat dia mati dalam keadaan begitu tanpa rasa peduli adalah sgt kejam dan perbuatan itu lebih teruk dari jenayah yg dilakukan. Dunia kini sudah tiada perikemanusiaan...

3 Kritikan pedas to “Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak”

  • June 13, 2011 at 4:22 PM
    hana nabihah says:

    benci kekejaman :(

    delete
  • June 14, 2011 at 1:44 PM
    apik pehe says:

    ya allah..sampai camtu sklai kekejaman

    delete
  • June 18, 2011 at 4:02 PM
    Mohd Izzar says:

    sangat kejam~~T_T

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger