Artikel bloggers
Mari Ushar Promosi Hangat
Friday, December 31, 2010
Demam kemengan Piala AFF Suzuki tak abis lagi....
Ditaip oleh
Journey of Youth
,
pada
5:08 PM
SEPANG - Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini umpama pesta petang semalam apabila lebih 3,000 peminat menyambut ketibaan skuad bola sepak Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.
Mereka sudah berkumpul di situ sejak pukul 2 petang dan tidak berganjak walaupun menyedari jadual ketibaan pesawat Penerbangan Malaysia MH710 yang membawa pulang skuad negara ditunda sejam.
Nyanyian dan laungan kata-kata semangat 'Malaysia Boleh' bergemuruh di kawasan itu sehingga menarik perhatian ramai pelancong asing yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama para penyokong Malaysia.
Biarpun jumlah yang hadir ramai, para peminat yang kebanyakannya ahli kelab 'Ultras Malaya' tetap berhimpun dengan aman dan memudahkan tugas kira-kira 50 anggota pasukan keselamatan yang membuat kawalan di situ.
Selepas hampir dua jam menunggu, mereka akhirnya bersorak melihat kemunculan skuad negara bersama jurulatih, K. Rajagobal yang berjalan keluar dari balai ketibaan KLIA - Sumber KOSMO
p/s: Wah jadi tumpuan la skuad bola sepak Malaysia kita nie. Tapi Khairul Fami ngan aweknye lagi jadi fenomena. Kepada wanita2 di luar sane jangan gigit jari ye melepas tak dapat fahmi...hahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kpd gadis2 yg kutuk awek apex pon benti2lah, kesian kat depa.. huhu ouh happy new year :) apa azam baru?
psst: jom join contest hadiah wang tunai dan tiket wayang :)