Artikel bloggers
Mari Ushar Promosi Hangat
Thursday, December 30, 2010
Kisah cikgu ngan anak muridnya....
Ditaip oleh
Journey of Youth
,
pada
7:01 PM
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. Kamu kena jawab cepat.
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahahaha..mmg best la..lawak giler...
hahahha, lawak2... bengong betul mereka.. ahha
adoyyyy. kalau dapat anak murid cmni xtaw la nak ckp.
hahahha..best2
hahaha lawak gila gelak sampai kuar air mata ..best la lawak ni :D
best-best...
nie la anak murid zaman milenium.hehe
okeyh.comel sangat.thehe