Artikel bloggers

Friday, June 03, 2011

Bapa ancam bunuh anak dengan pedang samurai

,

BEIJING - Seorang bapa mengancam mahu membunuh anak perempuannya dengan sebilah pedang samurai jika polis mahu menahannya selepas dia melanggar sebuah kereta lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa itu yang dikenali sebagai Zhang Gang, 32, bertindak mengacukan sebilah pedang ke arah dada seorang anak perempuannya yang dirangkulnya dan sedang menangis di tepi keretanya.

Gang yang mengacukan pedang itu menjerit bagi meminta tidak ditangkap selepas dia dikehendaki polis bagi memberikan keterangan kerana kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain.

Sebelum itu, dia bertindak membrek keretanya di luar sebuah pasar petani di daerah Yongren, wilayah Yunan apabila dua buah kereta polis membuat sekatan dengan menghalang laluan keretanya.

Orang ramai di pasar itu turut menyaksikan detik-detik cemas tersebut manakala isteri Gang hanya mendiamkan diri di dalam kereta tersebut dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Gang kemudian memasuki semula keretanya tetapi dia masih mengacukan pedang itu ke arah dada anaknya itu.

Seorang anggota polis yang mahir berunding dengan penjenayah kemudian mendekati kereta lelaki itu manakala beberapa saudara-maranya termasuk ibunya turut dihantar polis ke tempat kejadian untuk memujuknya menyerah diri.

Ketika rundingan itu rancak berjalan, beberapa anggota polis menyerbu kereta tersebut dan menangkap Gang serta menyelamatkan anak perempuannya dalam serbuan yang menurut beberapa saksi hanya berlaku dalam tempoh beberapa saat selepas drama itu berlaku selama dua jam. Sumber KOSMO

p/s: Dia lebih sanggup ancam bunuh anak dari menyerah diri kpd polis atas kesalahan EKSIDEN je...mamng cetek otak dia.

4 Kritikan pedas to “Bapa ancam bunuh anak dengan pedang samurai”

  • June 3, 2011 at 4:26 PM
    Amira Chan says:

    gile ke ape bapak die tu??

    delete
  • June 3, 2011 at 4:32 PM
    Sang Penulis says:

    Betapa manusia masa kini telah hilang pedoman..

    delete
  • June 3, 2011 at 5:29 PM
    mushroom says:

    bangang bapak dia ni.. x syg anak.. kalau aku baik serah diri je

    delete
  • June 3, 2011 at 10:17 PM
    mira_nas says:

    apsal takut sangat... makan dadah pe laki ni.

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger