Artikel bloggers

Wednesday, June 29, 2011

Motosikal terbang pertama di dunia

,
CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.

SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. Sumber KOSMO

p/s: Wah dah ada motosikal terbang. Pas nie mgkn da kete or kenderaan terbang yg lain. Kena fikir utk wat traffic light di ruangan udara la pula....hehehe.

3 Kritikan pedas to “Motosikal terbang pertama di dunia”

  • June 29, 2011 at 8:39 AM
    Syuxer says:

    hahah x berani aku nak naik motor cmni hehe..boleh gayat aku..

    delete
  • June 29, 2011 at 9:05 AM
    Terbelog says:

    makin maju ni

    delete
  • February 21, 2013 at 2:37 PM
    Anonymous says:

    Ahaa, its pleasant discussion regarding this
    post here at this web site, I have read all that, so at this time me also commenting
    at this place.

    My web site :: cash advance network
    my webpage :: 100 payday loan

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger