Artikel bloggers

Mari Ushar Promosi Hangat

Sunday, January 30, 2011

Tun Mahathir - Pandangan terhadap Lee Kuan Yew ketepikan agama

,
LEE Kuan Yew menarik sokongan orang Melayu dengan memakai songkok ketika bertemu penduduk Melayu di Kampung Tani, Singapura pada 1965. (bijak x dia tipu orang Melayu)  

Salam semua..

Sebelum nie aku da post entri pasal kenyataan Lee Kuan Yew suruh penduduk Islam di Singapore longgarkan sikit pegangan diaorg pada Islam. Pada sape2 yg x bace lagi klik sini.

So nie pula aku nak bawakan pandangan Tun Mahathir Mohamad, pemimpin yg kita segani terhadap kenyataan biadap Lee Kuan Yew tue. Pandangan nie adalah hasil temubual wartawan Utusan dengan beliau. So aku petik beberapa soalan dan pandangan Tun Mahathir dan selebihnye korang bace sendiri ye di sini.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat kenyataan Lee Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura melonggarkan pegangan terhadap agama Islam?

Dr. Mahathir Mohamad: Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam. Bagi dia seperti kata mat salleh the end justify the means, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

MINGGUAN: Tapi ada yang berkata kita terlalu memandang sempit pemikiran Kuan Yew itu yang kononnya mahu orang Islam di Singapura progresif?

Dr. Mahathir Mohamad: Pada saya kita terlalu terbawa-bawa dengan ajaran imam-imam tertentu sehingga kita berpecah-belah. Islam itu sendiri sudah cukup progresif. Yang menjadi masalah ialah tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia biasa walaupun mereka terdiri daripada ulama yang cukup mendalam pengetahuan mengenai Islam. (nie korang bace lagi di link tue ye, panjang sgt nak quote)

Dulu beliau (Kuan Yew) marah apabila Osman Wok duduk semeja dengan dia tetapi diberi makanan halal. Dia tanya mengapa Osman Wok tidak boleh makan makanan yang dia makan sebab makanan itu tidak ada babi. Betul tidak ada babi, tapi kita tidak tahu macam mana dia masak dan jika ada daging di dalamnya sama ada disembelih atau tidak. Sebab itu Osman Wok pilih makanan halal sebab dalam Islam tidak boleh kata tak apalah sikit-sikit. (Nape Kuan Yew nak marah lak?Sbb dia xda rase hormat pada ajaran agama lain)


Dalam Islam tidak boleh begitu. Memang kalau dalam keadaan terdesak itu dibenarkan tapi kita bukan berada dalam keadaan terdesak. Makan malam bukan terdesak. (jwpn Tun nie bagi aku cukup cantik dan jelas)

So tue beberapa hasil temubual yg aku petik. Secara kasarnya memang aku boleh katakan Kuan Yew nie seorg yg sgt bahaya. Aku bukan la nak kutuk dia sgt. Tapi memang dari dulu lagi dan da jgk beberapa pembacaan aku pasal dia memang jelas dia nie anti-Islam.

Aku x kisah korang nak kata aku rasis ke atau tak cube fikir kenyataan Kuan Yew tue menurut perspektif lain. Korang kena ingat. Islam nie bukan agama yg dicipta oleh manusia sesuka hati kita. Kita da syariat yg dah Allah tetapkan. Maka jika seseorg mengutuk agama Islam dan tiada perasaan kesedaran dalam diri kita, so aku rase kita kena muhasabah diri semula.

Maybe korang nak kata dia non-muslim so dia xtau pe2. Tapi walaupun dia non-muslim dia still x boleh kutuk pasal Islam dan kita sbg org Islam pun x blh benarkan benda nie jadi. Sedangkan ajaran Islam pun ajar kita hormat dgn agama lain so aku x nampak kenapa dia jgk x blh wat mcm tue. Maybe sbb mcm yg Tun kate agama x penting pada Kuan Yew.

Mungkin kita x dapat nak halang kemungkaran nie yakni kenyataan biadap dia nie dgn kekuasaan tangan sendiri. Tapi kalau masih xda perasaan benci pada kemungkaran nie dlm hati kita, kita perlu2 sgt muhasabah diri kita terhadap Islam yg suci nie.

Sekadar perkongsian, maaf jika sesape terase...

p/s: Aku harap da la pemimpin Islam lain yg akan ketuk skit kepala nyanyuk Kuan Yew nie.

18 Kritikan pedas to “Tun Mahathir - Pandangan terhadap Lee Kuan Yew ketepikan agama”

  • January 30, 2011 at 3:55 PM
    Azuan says:

    kalau ada orang Islam sokong mamat ne, aku tak tahu nak cakap apa...huhu

    delete
  • January 30, 2011 at 8:18 PM

    di Malaysia pun dah ada yang menyanjung pemimpin tu. dan menjadikan beliau mentor.
    hmmmmmm...
    sedarlah semua.

    delete
  • January 30, 2011 at 11:33 PM
    iQa~ says:

    Lee Kuan Yew mmg sgt bahaya...
    Die tu jarum yg akan mencucuk2 semua org...


    Bersatula umay Islam... Agama Islam agama terbaik... Itu janji Allah~

    delete
  • January 31, 2011 at 8:15 AM
    misz beauty says:

    kalau ada yang nak ketuk kapir tuh jangan sikit-sikit... banyak sampai xdak nyawa pun xpa... hui!!

    delete
  • January 31, 2011 at 9:19 AM
    kakyon says:

    org islam malaysia kena banyak muhasabah diri.kutuk mengutuk tak mendatangkan hasil yg positiv.yang penting rapatkan barisan..eratkan gengaman tangan..berangkai bersama menuju puncak..demi agama, bangsa dan negara..
    Tun Mahathir..dulu..kini dan selamanya..

    delete
  • January 31, 2011 at 9:44 AM
    Roket Kertaz says:

    chinese will always remain chinese.. muslim will always remain muslim.. dengan syarat berpegang teguh pada agama.. x hairan mengapa lee kuan yew cakap mcm tue.. sbb dia taw semangat islam x sekuat mcm semangat bangsa cina.. sbb tue melayu islam singapura boleh diperleceh sampai mcm 2 skali.. sbb dia taw melayu islam sana x bleh buat apa2.. muslim must unite..

    delete
  • January 31, 2011 at 10:59 AM

    dia org kafir.ape dia tahu psl islam.
    ckp mcm org xde otak.

    delete
  • January 31, 2011 at 11:18 AM

    assalamu'alaikum.

    Katakanlah: Wahai orang2 kafir, tidak sesekali aku menyembah apa yang kau sembah, dan tidak pula engkau sembah apa yang aku sembah.......................................Engkau dengan agamamu dan aku dengan agamaku.

    delete
  • January 31, 2011 at 12:04 PM
    misza says:

    dah memang dia macam tu dari dulu. melayu yang menyanjung dia yang tak tau nak berfikir.

    delete
  • January 31, 2011 at 12:23 PM
    akri zary says:

    sume orang tau lky 2 sape...kalo ade orang jadi pengikut die nmpk sgt la org 2 geng2 israel

    delete
  • January 31, 2011 at 2:14 PM
    Blogger says:

    tak payah jauh ke singapura. di malaysia ni, chua soi lek kan same jek. kenyataan dia minggu lepas masih panas dari dapur. dan actually orang melayu pun same jek. jawapan mahathir no 2 tu memerli org melayu jugak. tapi berapa banyak yg nak sedar? panjang sangat kan..

    delete
  • January 31, 2011 at 2:54 PM
    TeAqArH says:

    jgn mudah terpedaya ngn tipu helah ni..dlm kalangan kita sendiri pun sbnrnye rmai mcm ni...sama2 la kite berpegang tguh dgn agama....

    delete
  • January 31, 2011 at 3:53 PM
    Mat Sabu says:

    Tun mmg power..power sampai ade institut pemikiran tun dr mahathir di UUM hihi

    delete
  • January 31, 2011 at 9:56 PM
    Wan Gerrard says:

    lee kuan yew memang begitu, betul2 agama taak penting untuk die..tp sebagai umat Islam takkan kita nak ikut lak..siapa yg ikut tu memang bodoh la..huhu

    Jom: Kalau Gerrard jadi Boss

    delete
  • February 1, 2011 at 12:22 AM
    mira_nas says:

    astagfirullah.. aku tak la bengang sangat dia cakap pasal ISLAM macam tu.. tapi yang lagi bangangnye.. ada yang mengaku ISLAM tapi tak ikut pun boleh bagi pendapat macam.....

    bai..sedar diri dulu weyh.. yang tak pakai tudung satu hal... cakap pasal Islam satu hal..cermin diri tu dulu.. takde la Islam terhina dek kerana orang2 yang cakap tak serupa bikin

    delete
  • February 1, 2011 at 3:19 PM

    pegangan org islam kita xberapa kuatkan tu yg mudah goyah abih berpecah belah sesama sendiri.

    kadang2 sedih tgk dorang ni kan, nape nak gaduh sesama sendiri..

    semangat org cina lain, semangat melayu mudah layu!

    delete
  • February 1, 2011 at 5:32 PM
    Mr.TN_SkY says:

    hurm..isu lee kuan yew? sudah sebati dia dengan isu memperlekhkan agama orang lain..dan beliau lah yang bertanggungjwab dlm mmbuatkan azan smkin sukar berkumandang di singapura...

    kita?? xkn tenogk je...em...orang Melayu perlu tingkatkan jati diri..kuatkan ilmu..insyaALLAH..aminn..nmpk sng..sebenarnya sukar mlwn nafsu diri sndiri bukan?:-D

    KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

    delete
  • February 1, 2011 at 5:32 PM
    Mr.TN_SkY says:

    hurm..isu lee kuan yew? sudah sebati dia dengan isu memperlekhkan agama orang lain..dan beliau lah yang bertanggungjwab dlm mmbuatkan azan smkin sukar berkumandang di singapura...

    kita?? xkn tenogk je...em...orang Melayu perlu tingkatkan jati diri..kuatkan ilmu..insyaALLAH..aminn..nmpk sng..sebenarnya sukar mlwn nafsu diri sndiri bukan?:-D

    KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

    delete

Sila Tinggalkan Jejak Kaki Anda Di Sini

 

Journey of Youth Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger